Wednesday, December 12, 2007
Panduan Keluarga (Takut)
Anak kita takut jangan risau sikit kawan dapat petua.....................
1. Takut berpisah
Anak cemas berpisah dengan orang terdekat dengannya terutama ibu bapa. Dia tidak semestinya ibu kandung sebaliknya kakak, nenek, ayah atau siapa saja.
Cara mengatasinya: Jelaskan pada si kecil, mengapa ibu harus pergi atau bekerja. Begitu juga penjelasan mengenai waktu meskipun belum mengerti sepenuhnya berdasarkan usianya.
2. Takut masuk ‘sekolah’
Bukan mudah melepaskan anak di tadika atau sekolah. Mereka harus beradaptasi dengan lingkungan barunya sedangkan ada sesetengah orang tua tidak rela melepas anaknya ke sekolah kerana bimbang anaknya terjatuh ketika bermain.
Cara Mengatasi: Orang tua perlu menghantar anak ke ‘sekolah’ kerana ibu bapa atau sekolah harus bijak menarik perhatian anak.
3. Takut pada orang asing
Pada usia awal, anak memang enggan dekat dengan orang tak dikenali. Namun, pada usia lapan hingga sembilan bulan, ketakutan itu akan hilang secara berperingkat. Ini normal kerana anak hanya mengenali orang terdekat, contohnya, ibu bapanya.
Rasa takut pada orang asing beransur hilang apabila anak cukup pengetahuan untuk menyedari orang asing bukanlah ancaman baginya.
4. Takut pada doktor
Mungkin si anak pernah mengalami pengalaman buruk seperti disuntik, anak jadi takut pada hal tertentu. Bahkan ada kalangan ibu bapa ‘mengancam’ setiap kali anak nakal lalu mengatakan; ‘Nanti disuntik doktor’ menyebabkan anak fobia.
Cara mengatasi: Izinkan anak membawa benda atau mainan kesayangannya ketika berjumpa doktor sehingga dia rasa aman. Biarkan anak menjalani rawatan doktor bersama boneka sebagai pesakit.
5. Takut hantu
"Hi, di situ ada hantu. Jangan main di situ!" Kata-kata itu sering menakutkan si anak walaupun secara mental dan fizikal kanak-kanak belum tahu mengenai hantu.
Cara Mengatasi: Jauhkan anak dari menonton cerita hantu. Orang dewasa jangan sekali-kali menakut-nakutkan anak untuk kepentingan diri sendiri.
6. Takut gelap
Kanak-kanak tidak suka suasana persekitaran yang gelap. Takut pada gelap boleh mengundang ketakutan terutama jika si anak pernah dihukum berkurung di bilik gelap.
Cara mengatasi: Ketika tidur malam, jangan biarkan biliknya gelap gelita. Paling tidak, biarkan lampu tidur yang redup menyala. Cara lain, biarkan boneka atau benda kesayangan menemaninya, seolah-olah penjaganya.
Tuesday, December 11, 2007
kembar
Ada macam2 jenis kembar,.....
ini cam kembar tapi satu tembam satu lagi baru nak tembam...
find which one iman/khwarizme...
Let learn at the ZOO
Hujung mingu yang lepas 8/12 peserta pelawat bergerak dari jam 900 pagi menuju ke ziemal untuk makan pagi.kemudian ekspidesi bermula dari ziemal menuju terus ke sabah wildlife -zoo sabah bah. peserta pelawat terdiri dari me, my iman, n iman mother,zira n khawarizme (papa jahat tiada g sandakan)..amir comel,zali n .... lawatan dikenakan rm 10 sahaja. tapi kanak under age free...
Wednesday, August 15, 2007
mak n abah mai ... 13/05/07
Alhamdulillah .. syukur gak mak n abah mai...dapat la depa tengok2 kan orang umah kawan yang sarat nak bersalin anak sulung... depa mai tegah bulan mei 2007 sempat gak jalan2 kat tempat kami..(sabah bah////..)..jalan p kk n pusing tamu...
KELahiran….
Kelahiran adalah satu kehidupan bar bagi sebuah keluarga………
Saaat menanti Muhammad arif iman… bermula cam kat cini…
Saaat menanti Muhammad arif iman… bermula cam kat cini…
Trimester pertama ( minggu 1-12 ) :
Tiga bulan pertama pembangunan janin merupakan tempoh yang paling penting. Sepanjang 60 hari yang pertama, kebanyakan organ bayi terbentuk. Pada trimester ini bayi yang belum lahir amat sensitif pada persekitaran kimia, ubat dan virus yang boleh menyebabkan kecacatan.
Trimester kedua ( minggu 13-28 ) :
Pada tempoh ini, janin mula membesar dan organ bertambah matang. Pembesaran saiz uterus lebih ketara dalam trimester kedua kehamilan, apabila perut wanita mengandung semakin membesar. Pada masa ini, kebanyakan wanita perlu memakai pakaian longgar atau pakaian mengandung.
Trimester ketiga ( minggu 29-40 ) :
Trimester ketiga bermula pada minggu ke-27 kehamilan dan berakhir sehingga kelahiran. Bayi terus membesar dan beratnya terus bertambah dalam tempoh ini. Pada bulan terakhir kehamilan, janin membesar setengah paun seminggu.
bila dah lepas semua ni skag iman dah cam INI
Subscribe to:
Posts (Atom)