Wednesday, December 12, 2007

Panduan Keluarga (Takut)


Anak kita takut jangan risau sikit kawan dapat petua.....................



1. Takut berpisah

Anak cemas berpisah dengan orang terdekat dengannya terutama ibu bapa. Dia tidak semestinya ibu kandung sebaliknya kakak, nenek, ayah atau siapa saja.

Cara mengatasinya: Jelaskan pada si kecil, mengapa ibu harus pergi atau bekerja. Begitu juga penjelasan mengenai waktu meskipun belum mengerti sepenuhnya berdasarkan usianya.



2. Takut masuk ‘sekolah’

Bukan mudah melepaskan anak di tadika atau sekolah. Mereka harus beradaptasi dengan lingkungan barunya sedangkan ada sesetengah orang tua tidak rela melepas anaknya ke sekolah kerana bimbang anaknya terjatuh ketika bermain.

Cara Mengatasi: Orang tua perlu menghantar anak ke ‘sekolah’ kerana ibu bapa atau sekolah harus bijak menarik perhatian anak.



3. Takut pada orang asing

Pada usia awal, anak memang enggan dekat dengan orang tak dikenali. Namun, pada usia lapan hingga sembilan bulan, ketakutan itu akan hilang secara berperingkat. Ini normal kerana anak hanya mengenali orang terdekat, contohnya, ibu bapanya.

Rasa takut pada orang asing beransur hilang apabila anak cukup pengetahuan untuk menyedari orang asing bukanlah ancaman baginya.



4. Takut pada doktor

Mungkin si anak pernah mengalami pengalaman buruk seperti disuntik, anak jadi takut pada hal tertentu. Bahkan ada kalangan ibu bapa ‘mengancam’ setiap kali anak nakal lalu mengatakan; ‘Nanti disuntik doktor’ menyebabkan anak fobia.

Cara mengatasi: Izinkan anak membawa benda atau mainan kesayangannya ketika berjumpa doktor sehingga dia rasa aman. Biarkan anak menjalani rawatan doktor bersama boneka sebagai pesakit.



5. Takut hantu

"Hi, di situ ada hantu. Jangan main di situ!" Kata-kata itu sering menakutkan si anak walaupun secara mental dan fizikal kanak-kanak belum tahu mengenai hantu.

Cara Mengatasi: Jauhkan anak dari menonton cerita hantu. Orang dewasa jangan sekali-kali menakut-nakutkan anak untuk kepentingan diri sendiri.



6. Takut gelap

Kanak-kanak tidak suka suasana persekitaran yang gelap. Takut pada gelap boleh mengundang ketakutan terutama jika si anak pernah dihukum berkurung di bilik gelap.

Cara mengatasi: Ketika tidur malam, jangan biarkan biliknya gelap gelita. Paling tidak, biarkan lampu tidur yang redup menyala. Cara lain, biarkan boneka atau benda kesayangan menemaninya, seolah-olah penjaganya.

No comments:

safety first

safety first
Kalau la kanak sebesar ini tahu anda???..

my last room

my last room
watchaa..